

RM 35.00
Alas Seterika Ajaib kami adalah produk berkualiti buatan tempatan.
Anda mungkin pernah menemui produk berfungsi serupa yang dijual dengan harga RM10.00 tetapi bagi sesiapa
yang telah menggunakan produk berkenaan, anda tentu tahu bahawa ia leceh dipasang dan cepat koyak.
Berbeza dengan alas seterika RM10, Alas Seterika Ajaib kami lebih baik kualitinya dari pelbagai segi.
Ia lebih tebal, lebih anjal, lebih liat dan tahan. Ini kerana kami menggunakan bahan yang lebih baik serta
mempunyai ketumpatan yang jauh lebih tinggi.
Alas Seterika Ajaib juga lebih mudah dipasang kemas kerana ia dilengkapi dengan strapper yang lebih kuat
dan sempurna.
Dengan harga RM35 seunit, Alas Seterika Ajaib kami memang berbaloi dengan kualiti serta ketahanannya. Bak
kata orang, menang membeli menang memakai. Malah ramai antara pelanggan serta agen-agen jualan kami adalah
mereka yang pernah menggunakan alas seterika RM10.00.
Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan "alas seterika ajaib", anda mungkin tidak nampak apakah
kelebihan produk ini. Tetapi bagi mereka yang pernah menggunakan produk "seumpamanya", anda tentu mengakui
bahawa ia memang banyak membantu.
Kerja menggosok pakaian menjadi lebih mudah, cepat dan berkesan. Bukan saja jimat masa dan tenaga bahkan anda
akan menjadi lebih bersedia untuk melakukan kerja berkenaan. Leceh kerja menggosok hilang apabila anda
menggunakan Alas Seterika Ajaib.
Info Tambahan:
Alas Seterika Ajaib merupakan produk yang amat memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian. Ia dibuat dari formulasi istimewa busa tahan haba yang berfungsi membalikkan haba seterika yang dikenakan di sebelah atas pakaian semasa menggosok kembali ke bahagian bawah pakaian berkenaan.
Kekenyalan Alas Seterika Ajaib pula membolehkan tekanan yang dikenakan di sebelah atas pakaian kembali di sebelah bawahnya. Ini memberi kesan dua kali seterika dalam satu. Maknanya gosok di sebelah atas, di sebelah bawahnya pun seperti sudah digosok sama.
Sifat kenyal ini juga membolehkan kerja menggosok bahagian butang, manik atau batu di pakaian menjadi begitu mudah dan selamat.
Alas Seterika Ajaib adalah produk keluaran eksklusif. Ia bukan produk pakai buang yang diimport dari China. Formulasi Alas seterika Ajaib kami berkualiti tinggi dan dalam keadaan penggunaan biasa mampu bertahan sehingga tiga tahun. Ia memang satu produk yang amat berbaloi untuk anda beli. Anda akan menggunakannya setiap hari dan berasa amat puashati. Kami telah menjual ribuan unit produk ini tanpa sebarang feed back negatif.Demo Produk
Lihatlah demo Alas Seterika Ajaib kami di bawah ini;

Beginilah rupabentuk Alas Seterika Ajaib. Ringkas dan kemas.

Mudah dipasang terus ke meja seterika anda. Atau boleh juga dihamparkan
begitu saja di atas lantai, meja atau
apa saja permukaan yang sesuai dengan keperluan menggosok anda.

Biasanya anda tidak tahu jika seterika anda rosak sehinggalah ia merosakkan
pakaian anda. Namun Alas Seterika Ajaib
boleh membantu. Pasang seterika dan letakkan di atas Alas Seterika Ajaib
untuk beberapa ketika. Jika ia berasap atau
melekat, itu tandanya thermostat seterika anda telah rosak. Jika seterika
anda boleh merosakkan Alas Seterika Ajaib, ia juga
boleh merosakkan pakaian anda.

Fabrik sutera amat cantik dan selesa. Tetapi malangnya
ia agak sukar digosok. Alas Seterika Ajaib bagaikan
direka khusus untuk menggosok sutera. Sebagaimana pakaian lain, anda
cuma perlu menggosok sebelah bahagian untuk mendapat
kemasan dan perapian di kedua-dua belah pakaian sutera anda.

Lihatlah bagaimana kemasnya bahagian bawah lengan
kurung sutera ini walaupun hanya bahagian atas sahaja
yang telah digosok.

Ini pula contoh bahagian kolar kemeja yang belum digosok...

Gosok di bahagian atas sahaja...

Dan presto! Sebelah bawah kolar juga terus kemas dan
rapi.

Lihat bagaimana ia berkesan di bahagian badan kemeja
pula.

Kemaskan kemeja, gosok seperti biasa...

Dan lihat di sebelah belakang! Tidak perlu gosok dua
kali.
-----------------------------------------------------

Lihat pula bagaimana menggosok bahagian butang menjadi
mudah dan selamat dengan Alas Seterika Ajaib..

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah gosok di bahagian
sebelah belakang butang...

Dan hasilnya gosokan yang kemas dan rapi, butang juga
tidak rosak. Anda boleh melakukan cara yang sama untuk
menggosok bahagian zip.

Alas Seterika Ajaib juga membuat fabrik anda melekap
ke permukaannya. Anda tidak perlu lagi membuang masa
membetulkan pakaian yang sentiasa mengelungsur jatuh dari
papan seterika ketika menggosok.
Menggosok Tudung
Jika anda menggosok tudung, lipat dua tudung berkenaan
dan gosok sekali untuk merapikan kedua-dua belah
lipatan.
Kemudian padamkan garisan yang terbentuk di tengah
lipatan dengan menggosok sekali di bahagian tersebut.
Perbandingan
ALAS SETERIKA AJAIB Vs ALAS SETERIKA RM10

Alas Seterika Ajaib Dua Kali Lebih Tebal.

Alas Seterika Ajaib Lebih Kemas, Bentuknya
Benar-Benar Selaras Dengan Bentuk Common
Ironing Board. Ia juga dilengkapi Strapper
yang lebih Baik Dan Kukuh.

Alas Seterika Ajaib Kemas Apabila Dipasang,
Selesa Digunakan dan Tahan lama.

Alas Seterika RM10 Gelebeh Menyebabkan Ia
Leceh Digunakan Dan Akhirnya Cepat Koyak.
Selain dari perbezaan yang boleh dilihat, bahan buatan Alas Seterika Ajaib
adalah jauh lebih tumpat, maknanya ia mampu berfungsi dengan lebih baik
dan dalam masa yang sama lebih teguh pula dari segi ketahanan.
Alas Seterika Ajaib juga lebih lembut/gebu, jadi amat selesa digunakan.
Ia juga mengandungi pigmen warna (biru) yang berkualiti tinggi.
































































1 comments:
Post a Comment